Isnin, 27 Januari 2014

BERTUKAR MENJADI PATUNG

[Beberapa Kali Sentap Kerana Suami]

Semalam dari tghari sampi la petang, kami 1 rumah keluar pegi beli barang dapur. Dari 1 mall ke mall yg lain. Eid ni sebenarnya dah 1 minggu x expose keluar rumah tengahari. Dok dalam rumah je lepas habes AMP2014 hari tu. Bertapa kat rumah sebab nk tulis segala bagai idea yg dapat dan buat action plan la kn. 2-3 step Eid dah buat, so yg lain perlukan Eid keluar dari rumah la kan baru bole buat.

Ok, nevermind.

Nak di jadikan cerita, tetiba je semalam Eid demam. Selesema la kan sebab dh lama x expose dgn panaz matahari.

Lepas balik umah, dok la ngn Asraf (suami kesayangan Eid), die suruh Eid duduk n catatkan apa pembayaran yg nak kene buat n apa yg dah buat (baru lepas gaji kn). Eid catat n mmg tabiat Eid ni (kanak2 ribena yg hyperactive) buat apa yg Eid buat. Asraf plak jenis yg bagi arahan mcm askar (mmg askar pun).

Hehe..Eid buat xsama macam die nak. Tengah best mengelamun,  die ketuk buku n cakap suh buat apa yg die suruh jer. Apa lagi, sentaphatimaknakkk la kan.. Muncung je!

Die pun tahu klu Eid sentap cmne, terus jadi patung. ahaha die ckp "haa..dh jadi patung dh die." ahahaha xpe la.

Lepas smyg maghrib same2, mmg la mintak maaf sokmo, hehe tp sentap tu ade lg. Tapi sebab sentap tu la yg membuatkn die rajin n "extraordinary: rajin semalam, dok masak kt dapur sensorg.

Pastu die kluar, katanya nk g isi minyak kete n topup tng, ok xpe la..kol 10 baru die balik. Kami semua tggu nak makan je la. Eid buat dek je la kn..

Mase dok buh makan tu, ttibe akak tutup lampu. Then datang la die ngn kek birthday die tu.  Dari patung, terus sentap jadi kanak2 ribena balik. eeeiii..best tol!

alhamdulillah, rezeki Eid dapat suami sengal ubi. Dapat seorg yg romantik n slalu nk buat yg romantik walaupun kadang2 xmenjadi.

Thank you Allah, thank you Ayg, thank you Ma n Abah, thank you Abang2 kakak2 n adik2, thank you friends. . Thank you semua yg wish birthday Eid.

Dan sekarang, (it's Monday), Eid dok sensorang je kt rumah, semua kerja, dan Eid maseh demam.

Insyaallah,  malam ni update pulak lepas dating.

Sabtu, 25 Januari 2014

[Stock Aidijuma Selalu Habis Awal!!]



Tudung dah menjadi sebahagian keperluan bagi Hijabista atau seorang muslimin. Ada pelbagai jenis tudung atau selendang yang ada dalam pasaran sekarang. Dan pelbagai cara yg berbeza untuk menggayakan tudung dan juga selendang. 

Tapi the best tudung is square scarf, especially dari cotton punye textile atau lebih di kenali dgn nama BAWAL. Even square scarf sekarang pun bole di gayakan seperti selendang, siap bole belit2 lagi. Antara tudung yg hot sekarang dan mmg di design kan untuk pakai seperti selendng ialah tudung bawal #AIDIJUMA.

Tudung Bawal #aidijuma is printed bawal yg mana di design kan supaya dengan sehelai tudung, tapi sesuai di gayakan dengan baju plain atau berbunga2 sekalipun. Setiap border di tudung adalah berbeza warna dan kita bole pakai tudung yg sama dua hari berturut2 tapi dengan warna dan design yg berbeza. Sebagai contoh, tudung bawal aidijuma #leopard. 

Aidijuma Leopard

The main colour untuk tudung ni adalah pink, Untuk hari pertama, anda bole gayakan untuk patern leopard sebagai major warna dan yg corak rama2 dalam tu dok kt belah dalam atau di sorokkan. Manakala esoknya, bole di gayakan belah yg rama2 background putih tu (sesuai di pakai dgn baju putih). Convenient kn??  Dan semua design #aidijuma mmg di buat supaya anda bole pakai 2 gaya yg berbeza. 

Aidijuma CNY yg bakal di keluarkan hujung bulan ini

Tudung yg sama, Aidijuma CNY. Bole di gayakan belah plain juga. Bergantung kepada creativity anda.
Tapi, itulah kan masalah dengan tudung #aidijuma ni ialah stock yg limited setiap kali di release kan. Kebanyak pengguna suka membeli tudung semasa *new release sale* atau semasa sale 50% aidijuma sebab kalau nak beli mase normal price is about RM59 sehelai bagi Black Label design. Jadi, since ramai yg akan grab masa sale, for sure pihak aidijuma kene limitkan stock untuk sale, kan? Tak kan la nk jual semua masa sale.

Menjadi satu hot issue, atau isu panaz apabila ramai yg komen kt Facebook Aidijuma ttg kekurangan stok semasa sale, selalu pergi dah habes dan ramai yg menyalahkan "RESELLER" atau "PEMBORONG" yg pergi dan borong segalanya. Dan juga ada yg menyalahkan pemborong pergi awal pagi untuk membeli. Ramai juga yg suggest untuk pihak #aidijuma utk limitkan untuk pemborong dan ada yg suggest supaya pihak #aidijuma mengadakan hari sale yg berbeza bagi pemborong.

Dek kerana komen yg banyak ttg hal ini dan ramai yg menyalahkan "reseller", #aidijuma telah memperkenalkan sistem "1 way ticket" untuk pemborong yg mana hanya terhad bagi 50 orang pertama yg emailkan secara lengkap detail yg pihak aidijuma minta. 

Sistem baru untuk pemborong Aidijuma

Jadi, dengan tangan yg terketar, sebab ramai dah yg sms dan what's app Eida mengharapkan Eida untuk mendapatkan stock untuk diorang, Eid pun email la kan apa yg di minta. Dan ramai la yg dok komen pada gambar tersebut, dari jam 5 hingga jam 7 lebih. Dan mula jam 8 lebih, pihak aidijuma mula mengumumkan nama2 yg sudah diorg call. Ada juga yg marah, ada juga yg komen kata ini xlogik sebab dalam 1 Malaysia hanya provide 50 keping ja tiket. Eida pun xkurang jugak la kan, sangat2 mengharap untuk dapat tiket. Tapi alhamdulillah, x komen pelik2 kt FB tu :D

Since malam tu malam jumaat, so lepas maghrib, bace la kan yassin (sambil fon dok kt depan). Dan Eid betol2 berpegang pada pesan sifu Eid yg mana kita perlu berdoa, submit doa (sambil fikirkan apa dan bagaimana yg kita mahu ianya terjadi) dan percaya, letak 100% kepercayaan kita pada Allah. Sambil2 tu, 2-3 org customer Eid msg Eid cakap harap2 Eid salah seorang yg terpilih. Sebab niat dia bagus, dia nak kn stock ni utk bantu ibu tunggal memulakan perniagaan. 

Janji Allah itu pasti, andai kita niat untuk membantu orang dan menambah nilai hidup orang lain, Allah akan membantu kita dengan melorongkan jalan rezeki pada kita. Alhamdullilah, hampir jam 10 malam, HQ Aidijuma call Eid dan umumkan "TAHNIAH, ZURAIDA BERJAYA MENDAPAT 1 WAY TICKET YG RED TICKET YANG MEMBOLEHKAN EID MEMBORONG MAXIMUM 5 KODI TUDUNG AIDIJUMA".

Alhamdulillah kerana menjadi salah seorang daripada 50 org yg bertuah.

Alhamdulillah. Doa saya dan kawan2 yg ada niat baik untuk berniaga di terima Allah.

Tudung bawal aidijuma yg bakal di keluarkan hujung bulan ini
  1. Aidijuma CNY
  2. Aidijuma Radiant Orchid
  3. Aidijuma Coklat (xtahu nama lagi :D )
 Jadi, bagi sesiapa yang bermasalah untuk ke Concept Store (CS) atau kiosk Aidijuma hujung bulan ini, bole contact Eid di 019-6991837. Insyaallah Eid maseh ada quota untuk anda.

Bagi 10 orang pertama yang membuat pre-order, akan mendapat PERCUMA HANGER MAGIC. 

Rabu, 22 Januari 2014

[Tudung Bawal Aidijuma "outdated"]

Apakah tudung bawal atau square scarf dh "outdated" atau "not-in-trend" skrg?



Since skrg ni terdapat lambakan fashion tudung design dan patern tudung baru, ramai yg cakap tudung bawal ni dh ketinggalan zaman. Ade plak cakap, tudung bawal ni tudung yg sesuai utk bawak g jogging jer. Klu utk g ke event or nk pegi keje, mesti la nk yg trendy. Macam2 jenis tudung skrg dan pelbagai variasi harga yg kita bole tengok. Dari harga RM5 sampai la ke harga RM500 (yg mahal lg pn ade).   

Well, soalan tu sgt la broad and subjektif (bole x cakap camtu?). Tapi bagi sy, tudung bawal xpernah outdated, tp tudung mereka pn evolve mcm tudung2 lain juga. Sekarang ni semua nak cepat, sebab tu la tudung yg menjadi keperluan wanita muslimah ni pun berkembang mengikut keperluan wanita. Ade yg "ready-to-wear" yg senang, skali seghelong (kata org utara) atau skali sauk (kata org klate) dh siap. 

Ini contoh tudung yg senang nk pakai. Cepat n mudah.
Tapi tak semua org yg sesuai pakai tudung yg seghelong camtu. Ade org kalau pakai terus muka jadi tambah sepuluh angka kt umor diorg, ada yg muka bulat, bile pakai jadi muka mama Yokies (budak2 80's and 90's tahu la ttg mama yokies), bulat macam telur. Xtambah lagi kalau jenis yg ready-to-wear pastu bertingke-tingkek, nampak gebu je si pemakai. 

Sape maseh igt katunYokies. Mama Yokies yg kt tgh tu.
Selain dari Ready-to-wear punye tudung, selendang pn banyak kt pasaran skrg. Mcm2 jenis kain, dari pashmina, chiffon, satin dan mcm2 lg la kn... Tp pn xsemua yg pandai untuk belit2 tudung, contoh paling dekat, Eid. Beginner hijabista mcm Eid ni mmg dh sah2 xdek pengalaman nk belit tudung, tambah2 nk kene ade pin banyak, nk kene ade jarum bagai, and bg org yg lasak n active mcm Eid mmg xbole la kot. Bole bergaduh dgn selendang tersebut dan mungkin segala jenis haiwan dalam hutan pun bole keluar, di samping bebelan suami yg nk kita siap cepat :D So, better jangan. Kecuali kalau ada byk masa dan ade mood utk mencuba.

Selendang yg perlu di belit-belit

So, the best solution utk kes Mama Yokies, untuk beginner atau utk yg suke simple yg pegang prinsip "less is more", kite mmg akn lebih selesa dgn TUDUNG BAWAL. 

Dari zaman skolah lagi kita dh terbiasa dgn tudung bawal. Sebab itu basic tudung yg kite wajib ada la kn :P Bermula dari tudung bawal kosong, then tudung bawal berkerawang, then tudung bawal bersulam, then yg paling best paling up ialah tudung bawal yg ade berlian (but still ade inovasi dan evolve kn?? Juz maybe xseiring dgn zaman skrg yg semua nk ceria dan senang di gayakan jer). Itu je la pada zaman2 dlu yg paling UP bagi tudung bawal. That is why org cakap tudung bawal ni dh OUTDATED sebab plain, xceria, dull jer.  
Bawal Plain/kosong

Bawal Bersulam

Bawal Kerawang

Bawal Berlian
Tapiiii..... Tapi yer.. Tapi, Tudung bawal sekarang dh x membosankn macam dulu-dulu lagi. Tudung bawal dh makin ceria sekarang dgn adanya teknologi printed bawal ni. Dah TAK OUTDATED lagi. Mana-mana pun kita bole cari printed bawal yg ada pelbagai warna, dan yg lg senang nk pakai ngn baju apa2 pun. For instance, yg Eid paling suka ialah tudung bawal #Aidijuma .Sebab itulah first tudung yg Eid pakai mase awal2 mula pakai tudung sampai la sekarang. 










Tudung Bawal Aidijuma ni ada macam2 jenis, di kategorikan dalam 3 jenis iaitu Black Label, White Label dan Red Label. Beza nya adalah jenis textile, kelasakan tudung dan exclusiveness. White label lebih murah, terdapat variasi warna bagi satu design. Manakalah Black Label ekslusif sket, normal price untuk Black label is RM59 dan kelasakan kain lebih baik berbanding white label (both Black and White label bole di dapati di Concept Store dan Outlet). Then utk Red Label lagi ekslusif sebab hanya boleh di beli di Online Store Aidijuma. 

Ini adalah basic tudung bawal di Aidijuma (AJ).
Tgk la, basic n murah pun dh cantik gile kn??

Ini antara tudung bawal Black Label yg mendapat sambutan tinggi mase awal2 release.
Well, ramai gadis minat pink, kn??  

Ini mmg rare sket, susah nk jumpa la sebab hanya boleh di beli di laman web
aidijuma dan xdek di jual di Butik atau outlet.

 Tapi... Tapi kan... Tapi masih ada tapi lagi... :D Tapi, stock untuk bawal Aidijuma ni slalu cepat habis tau. Sebab fenomena die ni lain mcm sket. Tambah2 bile Aidijuma buat sale, harga pulak murah, mmg org serbu habis-habisan la. Dan selalunya ramai yg pegi lambat mmg xkan dapat la tudung idaman diorg. Xbole nak salahkan pihak Aidijuma juga, sebab diorg sentiasa tingkatkan stock setiap kali ada sale mengikut permintaan ramai. Dan ramai juga yg menyalahkan pemborong. Well, pemborong pun berebut juga yer,,, ahahaha bukan diorg bole booking ke ape ke. Same je semua, sbb pemborong tolong belikan utk kawan2 yg xbole pegi mall sebab masih dalam pantang, kawan2 yg ada anak kecik, kawan2 yg balik kampung, kawan2 yg dok jauh.. diorg pun terliur dan kempunan gak nk pakai aidijuma nih.. Sape setuju, say "I".
Crowd yg menyerbu Outlet Aidijuma (fenomena Aidijuma)
Since sy tahu misi sebenar Aidijuma adalah membekalkn tudung bawal yg berpatutan dan mampu di miliki terus kepada pengguna tanpa ada org tengah, tp memandangkan Aidijuma sekarang ada 16 concept stores dan online store juga (mmg dh banyak, tp masih belum cukup untuk menampung permintaan), Pihak Aidijuma bole melantik Stokis Bergerak (Mobile Stokis) yg bole tolong untuk memasarkan dan membekalkan tudung di kawasan2 tertentu. Dengan stokis sah ni, mcm2 kelebihan bole dapat.
  1. Sediakan peluang pekerjaan atau perniagaan bagi golongan suri dan bantu menambah nilai hidup mereka dan hidupkan sunnah nabi utk berniaga
  2. Mengurangkan kos pihak Aidijuma sdri utk buka kedai banyak sgt
  3. Membolehkan semua pelanggan mendapatkan tudung yg sama seperti di Butik atau Concept Store
  4. Meningkatkan lagi jualan tudung dan pihak Aidijuma sdri pun mampu membantu banyak dlm kerja kebajikan (sebelum ini pn mmg Datin dah byk memberi).
Harap suggestion ini jgn di salah anggap dan di salah tafsir pula. 

We love Aidijuma so much and we want to spread the love :D 


~From Bawal Lovers~

Tips-Tips dari Dr. Azizan Osman

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas pagi ini. Sentiasa bersyukur dgn setiap nafas yg mampu di hela. Jgn lupa hadiahkan al-fatihah setiap pagi pd ibu bapa dan org yg tersayang, ye!



Pagi ni Eid nk share sket Tips-tips terbaik dari Sifu sy, Dr. Azizan Osman yg mana die slale share kt fb die. Bagi pencinta Elmu dunia dan akhirat, sila la follow, byk sgt tips dari die, bukan tips utk business shja, tp ttg elmu agama jugak (die bukan la ustaz, tp die adalah pencetus ummah.. tp xmasuk pn dalam rancangan PU tu :D). 

DAO xperlu masuk pn rancangan ni sbb die dh lame menjadi pencetus kpd ummah
Ada beberapa tips yg DAO share kt fb page dia "Alumni atau Bakal Alumni Program Dr. Azizan Osman".

Tips4Marketing:
  1. Post gambar pelanggan anda yg tengah gembira selepas menggunakan produk atau perkhidmatan anda berikan. Itu namanya "Result Marketing", sebab "Result speaks louder than words".

    Ini yg contoh bg perkhidmatan. Nyatakan bila customer happy dgn service kita, kene tunjuk :D

    Dan ini pula bg produk. Testimoni pengguna sebelum n selepas dapat meyakinkan pelanggan ttg keberkesanan produk tersebut.
  2. Untuk pemasaran FB, tolonglah letak gambar profile muka kita yg menarik. Pastikan gambar nmpk stylo mylo atau professional image. Kalau nk tunjuk muka, then tunjuk la yg Thorrrbaik!!
Ini mmg btol2 THORbaikk...tp hammer lupe bawak :D

Tips4Sukses:

  1. Sentiasa tahu, tulis dan jelas dgn matlamat yg kita mahu capai. Orang yg tidak ada matlamat hidup tidak ada berlaku peningkatan. 

Matlamat yg mahu di capai harus jelas (Jannah adalah matlamat kita)
    1. Memperbaiki apa yg kita fikirkan dan sangkakan. Sangkaan yg baik InsyaAllah hasilnya juga baik. "What u give, u will get back more". 
      Bersangka baik pd Allah, pd org lain. Jadikan diri kita magnet utk dptkn itu semua kembali
    2. Jika nk kuasai KUASA TINDAKAN, maka belajar kuasai tindakan dgn JAGA SOLAT dan terbaik dengan SOLAT BERJEMAAH. Kalau nk mempunyai KUASA TINDAKAN LUAR BIASA serta BELAJAR ISTIQAMAH (consistent), maka biasakan solat taubat, tahajud dan dhuha. Anda akan menjadi manusia yg komited dalam hidup, InsyaAllah. 
      Istiqamah

    Selasa, 21 Januari 2014

    [Berniaga Bukan Untuk Kaya]


    Alhamdulillah, satu persatu perubahan berlaku dalam diri dan dalam hidup Eid. Turning Point ialah semasa Seminar Jutawan Industri (SJI)  pada bulan September 2013. Eid balik rumah n berfikir panjang. Panjang sgt Eid berfikir. Fikir apa sebenarnye matlamat Eid meniaga sebelum ni? Apa sebenar matlamat utama dalam hidup ni? Apa sebenarnye tindakan yg kita dh buat utk capai matlamat tersebut? Cukupkah? 

    Sebelum ni Eid fikir, utk berjaya di dunia ni kita kene blaja pandai2, dapat kerja y dgn jawatan yg tggi, berniaga, melabur bile dah kaya. Dan nk berjaya di akhirat amalan kene cukup, semayang xleh tinggal, kene tutup aurat (nmpk mcm berat n susah sgt mase tu). Eid mase tu belum berhijab, mcm xdek sape yg bole bukak hati Eid utk berhijab, ramai yg dtg nk bg nasihat, tp hanya pndang serong pd kita. Eid ni jenis lg org suruh itulah yg xmao (degil! biawak byk). 
    Eid nk rekemen buku ni pada semua, dlm ni bukan Elmu dunia shaja, tp Elmu akhirat juga. Di sertakan skali dgn sokongan ayat2 Al-Quran dan hadis2. 
    Lepas balik dr SJI tu la (Eid pun bace buku Magnet), Eid dpt jawapan yg Eid cari. Kita meniaga bukan untuk kaya semata-mata, niat utk meniaga adalah untuk menambah nilai hidup org lain dan untuk membantu menyelesaikan masalah org lain. Kenapa kita perlu buat begitu? Sebab ayat Al-Quran ada menyebut, Sebaik-baik manusia adalah manusia yg bole memberi manfaat pada org lain. 

    Dan kita umat Islam, wajib untuk jadi kaya. Kenapa kita perlu kaya? kerana hanya org kaya yg mampu memberi, hanya orang kaya yg mampu bersedekah, hanya org kaya yg mampu memberi manfaat pd org lain. Kaya xbermaksud kaya harta, duit harus berjuta2, tidak. Konsep memberi ialah bila kita ada sesuatu. Andai kita sendiri pun x mampu untuk ada apa2, mcm mane kite nk memberi ya?
     
    Dari situ hidup Eid berubah, kalau dulu nk bg sedekah pun Ya Allah,berat tgn nk bagi. Tambah2 bagi sedekah bile ada org yg dtg mintak je. Itupun kalau kt kedai mkn, dalam ramai2 yg dtg mintak, sorg je yg kita bg. Sekarang sedekah jd amalan harian, setiap hari kene bersedekah. Sebab Allah dh janji, lagi banyak kita bagi, lagi banyak Allah bg balik.
     
    Alhamdulillah, Eid mula berhijab pd Aidul Adha 2013. Eid tanam dan submit doa setiap hari lepas balik dr SJI utk bg kekuatan pd Eid utk berhijab, jauhkan dr mulut2 biawak, buang ego jauh2 nun kedalam lautan. Alhamdulillah, kekal berhijab sampai hari ini. Suami terkejut, Ma, Abah, Emak, Abah, adik beradik semua terkejut. Dari rugged punye org, skrg dh ayu... eh, ayu ke?? ahahaha Alhamdulillah, xade statement yg menyakitkan telinga smpai hari ini, semua yg melihat perubahan, hanya tersenyum dan doakan yg terbaik shja bg Eid. Dan mereka xpernah pn tanya knape tetibe nk brubah, dan di sini Eid bercerita.
    Awal2 dalam proses "bertukar!!"

    Dan part yg paling best ialah, mcm mana Allah bg idea (idea adalah anugerah yg paling berharga dr Allah dan kita patut bersyukur setiap kali dpt idea) untuk start menjual tudung. Pada mulanya, Eid ikut akak pegi beli tudung kawan2 die kirim, pegi la kt pesta konvo UKM. Saje je amik pic eid kt Mobile Store Aidijuma, buh #Aidijuma, skali ramai plak yg msg dk bertnya, ramai yg komen, ada yg mintak tlg Eid belikan. Mulai dari situ la Eid bergiat sbg reseller Aidijuma.
     
     
    Di sini cerita bermula, Allah bukak kn satu jalan baru, apabila kita lebih dekat dgn Dia. 1 ego Eid buang, banyak kebaikan Eid dapat. Dari situ sy belajar untuk menjadi MAGNET kepada kekayaan dan kejayaan.


    Eid masih mencari business partner dan dropshipper untuk membantu ramai lagi org di luar sana yg susah untuk mendapatkan koleksi idaman mereka. Dan insyaallah, business bole di mulakan tanpa modal atau modal yg sangat rendah. 


    Bagi yg berminat bole SMS/What's App Eid di 019-6991837 atau
    bole drop no telefon anda di ruangan komen di bawah

    Mulut Biawak

    Bagaimana Eid bole terjebak dengan DAO?

    Nampak x ape yg Eid maksudkan


    Dulu, dari dulu, selalu sangat la tengok poster seorang budak gemok, gelap, sengih yakin diri dengan dua jari di tunjukkan kt kepala die. Dok pikir, sape la die nih. Pastu slalu jugak terbelek kt akhbar harian Metro, ttg testimoni pelajar beliau, jualan meningkat hingga 300% la, dulu tunggal sekarang xtunggal lg la. Iskkk,,bohong! Ni semua org yg die bayar la nih. Testimoni mcm nk "up" je semua.

    Itulah Eid dulu, mase banyak biawak dalam diri sebab bersangka buruk ttg org lain, dh judge sebelum kenal. Budak gemok yg Eid maksudkan tu adalah Dr. Azizan Osman. atau DAO. Eid xpernah sertai pun program DAO, xtahu ttg apa2 program, juz kadang2 tgk dalam tv, dalam berita, yg die tunjuk, orang yg terkinja2, org yg tgh menangis pejam mata smbil pegang dada. Itu saje. Ni mesti seminar yg suh kita kenangkan muke mak ayah, pastu pasang lagu sedey2 mcm seminar kt skolah dulu. (biawak byk sgt dlm otak n hati)

    Eid ni di samping belajar, ada la jugak buat partime business dengan SNE marketing. Sape tahu SNE dan BE say 'I'... So, kami ni networking business and kami ada team yg mmg best la n unite gile. Mase bulan awal bulan 9, company ade buat 1 "kursus" atau "seminot" a.k.a seminar ttg mcm nk charge balik kami punye semangat la. Bayaran mase tu dlm rm300++. Xpernah kn pegi majlis ilmu or seminar bebayar mmg rase mahal gile, tp sbb company ckp penting, kami pn join. Maaf la ye, bukan nk rendahkan, tp ianya xmengikut apa yg di janjikan (lain kali Eid cite). 

    Kami pn kecewa, then sorg kawan lg suggest, pegi la seminar DAO, free kalau dftar 3 org. Kami pn kumpul ahli, dftar la 3 org. Name seminar "Seminar Jutawan Industri". Wow!! Nmpk gah n gaya kn?? First time pegi kt SACC mall, pulun drive sbb kwn yg penah pegi kate kol 7 nk kene dftar, so gerak dr Batu Caves jam 6.30. 

    Sampai sane, mak ai,,,ramai gile org! penuh!! Eid g sensorg, dftar sensorg n kebetulan terjumpa kawan then masuk smbil tggu kawan yg lain smpai. Kol 9 baru seminar start. Punye la mengomel n membebel dlm hati (biawak byk lg mase ni). Pastu start ngn Abang Bara-Bara Bere-Bere naik n berjoget kt atas pentas, Xmasuk ngn crowd yg siap dk atas krusi lg, bersorak mak aiii. Overnye diorg. Then masuk la budak gemok yg bernama DAO itu smbil terkinja2 atas pentas, org dk sorak2 kuat sgt (Eid xjoin pn melompat, malu, pelik,,,tp mase tu je la.. ahahaha).
    Sayang plak nak tanggalkan


    Once dh start, cube la mendengar dgn tenang sbb kn xsabar nk jd jutawan. Igtkn diorg ajar cara2 atau apa perniagaan yg sesuai dgn step2 yg best utk jd JUTAWAN. Skali SENTAP!! Sentap bile DAO ajar kite cmne nk betolkan diri, betolkn dalaman, betolkn kolam hati, betolkn hubungan kita dgn Allah, dgn Keluarga. Kalau tu semua xbetol, jgn ada hati nk jd jutawan. Banyak sgt prasaan sentap hati mase dlm kelas DAO (bukan forum perdana pn), juz kata2 die mmg menyentapkan jiwa Qalbu. Persoalan dlm diri Eid sblm ni satu persatu di jawab oleh DAO. Xpernah Eid pegi seminot yg menyentapkn hati spt seminot tersebut.

    Bermula dari saat itu hidup Eid berubah.

    (to be continue...)

    Sentap Bila Suami Tak Mahu Bawa Kita Ke Tempat Jualan Murah??

    Assalamualaikum.

    Nama saya EidaHanim.

    Kepakaran saya adalah untuk membantu ibu-ibu berpantang, isteri-isteri yang tak pandai memandu, surirumah yang mempunyai anak ramai dan wanita bekerjaya yang sentiasa 'outstation' untuk keep updated tentang fashion tudung yg terkini iaitu #Aidijuma dan mampu memiliki tudung-tudung yang exclusive dan limited edition hanya dengan menunggu di depan pintu sahaja. Selain itu, saya juga menambah nilai cara menggayakan tudung bawal dgn simple, menjimatkan masa, elengance yet patuh syariat tanpa perlu pin dan kerongsang yg banyak, tetapi hanya dengan 1 kerongsang iaitu kerongsang selit atau kerongsang cincin.

    Anda pernah mengalami masalah semasa cuba untuk mendapatkan tudung bawal aidijhma semasa jualan murah? Anda pernah keluar rumah dan memandu jauh2, melalui tol, dan redah kesesakan jalan raya untuk ke butik atau outlet aidijuma, tetapi bila sampai semua stok sudah kehabisan? Atau anda berjaya mendapatkan tudung kegemaran anda, tetapi bermasam muka dengan suami anda kerana dia terpaksa bangun awal pagi dan berperang dengan kerenah anak selama 3-4 jam semasa anda berebut dan beratur untuk mendapatkan tudung yg limited edition dengan harga yg murah itu? Atau jualan murah di jalankan semasa pertengahan bulan atau semasa anda belum gaji/bonus? atau cuba untuk membeli tudung aidijuna secara online semasa jualan, tetapi selalu terlupa dan cuba online di tengah hari, stok tudung sudah kehabisan?

    Dulu saya pun mempunyai masalah yang sama, ini kisah saya. Saya merupakan seorang yang baru terbuka hati dan di beri hidayah untuk berhijab. Jadi, saya masih belum pandai untuk menggayakan tudung atau selendang lain selain dari tudung bawal yg dikatakan ketinggalan zaman itu. Saya kebetulan terjumpa butik aidijuma semasa hari pertama saya berhijab. Dari situ saya jatuh hati pada koleksi tudung tersebut dan saya sentiasa update tentang tudung terbaru mereka. Dan saya belajar untuk menggayakan tudung ini dengan mudah, menjimatkan masa selain dari membawa gaya "old school" ke tahap yg elegance dgn menggunakan 1 brooch sahaja. Saya pernah ke butik aidijuma semasa jualan murah. Memandangkan saya sudah tahu tentang fenomena jualan murah ini, saya cuba untuk sampai ke depan butik sebelum jam 10 (sebelum kedai buka). Jam 9.50 pagi saya sampai, dah ramai yg menunggu. Selepas kedai di buka, semua berebut2, bertolak2 untuk dapatkan tudung yg limited edition. Selepas mendapatkan tudung, saya terpaksa beratur selama 3 jam untuk membayar.

    Bagaimana saya selesaikan masalah ini adalah dengan membina networking dengan concept store dan outlet Aidijuma supaya saya kekal update tentang stok yang masih ada. Selain itu, saya akan sentiasa remind my customer ttg koleksi tudung terbaru dan saya akan bantu mereka untuk dapatkan tudung idaman mereka tanpa perlu membuat sebarang pembayaran dahulu sebelum saya dapatkan stok idaman mereka. Saya menyediakan khidmat pre-order bagi yg belum mendapat gaji atau bonus.

    Inilah hasil yang mereka dapat hanya dengan menunggu di hadapan rumah tanpa perlu mengeluarkan duit lebih untuk membayar duit minyak kereta, tol, parking dll.

    Kalau dulu orang kata tudung bawal ni dh ketinggalan zaman, tapi sebenarnya tudung bawal masih bole di gayakan dgn gaya yg lebih mudah, simple, elegance, dan patuh syariat. Selain itu, anda juga mampu menjadi "trend setter" dgn menggayakan dgn style "old school comeback".

    Ini apa yang anda bole cuba untuk membandingkan khidmat saya dan online store. Dengan saya mungkin anda bole ber'SMS' dan What's App dan bole berunding dengan saya, tetapi, di online store, anda mungkin akan stuck dengan line internet yg slow, atau website yg busy dan anda tidak dapat berunding.

    Kesilapan ramai orang ialah bila mereka cuba mendapatkan tudung idaman mereka sendiri dan sampai lambat di kedai membuatkan mereka gagal memiliki tudung idaman. Selain itu, ada sesetengah pihak merasakan tudung bawal adalah 'outdated'.

    Ini apa yang nanda patut lakukan sekarang untuk mendapatkan tudung bawal Aidijuma yg limited stock, exclusive yet elegance dan menjadi trend setter bagi gaya "old school comeback", SMS/What's App saya di 0196991837 untuk kekal update tentang tudung terbaru secara percuma.