Rabu, 26 Februari 2014

Aidijuma di hatiku




Sejak kejadian lepas (tentang limitation bila nak membeli tudung), ramai yang telah berpatah hati dan beralih arah dari tudung bawal Aidijuma. Ada juga juga yang dulu terlalu cintakan Aidijuma, tapi sekarang dah tak suka Aidijuma, sampai ada yang mengutuk dan tetibe je cakap tudung Aidijuma tak lawa la, kualiti kurang la, Datin makin sombong lepas Aidijuma dah meletops dan macam-macam lagi. 

Tak kurang juga ada yang mengata Aidijuma mahu menutup pintu rezeki mereka, nak bunuh reseller dan sebagainya. Especially RESELLER tegar Aidijuma. Selalunya reseller ada group mereka sendiri, yang share anything tentang tudung Aidijuma, berbincang tentang bila nak ada sale dan macam2 lagi. Bagus diorang ni, sharing semua info tentang Aidijuma.

Cer taip "aidijuma" kat fb, mesti keluar group ni.

Eid pun terkena tempias yang sama. Ye la,,sebab Eid pun RESELLER kn?? ahahaha. Tapi alhamdulillah, Eid xpenah join mana2 group di FB mahupun di What's App. Bukan apa, Eid tahu bila banyak kepala pun xbagus juga. Jadi Eid selalu ikut kepala Eid jer. I have my own team. Alhamdulillah.

Actually, Datin ada sebab kenapa Datin nak menghadkan pembelian (2-3 helai seorang untuk design baru) especially kepada pemborong. Bukan la Datin Norjuma nak matikan reseller atau nak tutup pintu rezeki orang, kalau tak Datin takkan buat 50 One Way Ticket khas untuk pemborong.
announcement of One Way Ticket


Tapi kan, ada sesetengah reseller yang amik kesempatan terhadap pelanggan. Mahu tak nya, ramai yang mengadu pada Datin, mereka membeli tudung Aidijuma especially yang Black Label pada harga lebih dari RM100. Itu antara sebab kenapa Datin tak nak ada reseller dan Datin aim nak jual straight pada end-customer dengan harga yang sama di kedai. That's the reason why Datin bukak 16 cawangan Concept Stores di seluruh Malaysia.
Ini saluran yang "official" untuk produk Aidijuma

Sebab ramai yang mengadu, pergi kedai petang je tudung semua dah habes sebab reseller dah pergi lagi awal.Macam ni pun ada, hehe. Antara awal dengan lambat, memang itulah lumrah dunia. No body gonna wait for you until you are ready. Dunia takkan tunggu kita, masa akan tetap bergerak. First come, first serve. Dan itu juga antara sebab Datin pun had kan juga. So sekarang tiap kali sale, datang je la belah petang kalau pagi tak sempat nak datang, insyaallah akan ada stock.
Konsep reseller ni ada pelbagai ya tuan puan, hehe. Ada yang memang nak jual something, tapi nak untung banyak atas satu bende. Mana tak nya, jual tudung sehelai nak lipat sampai 2 kali ganda dari harga sebenar. Dan ada yang jenis tengok orang meniaga tudung, die pun nak meniaga tudung jugak, nampak macam best n laku jer. Kebanyakkannya golongan sebegini la yang mudah perpaling tadah apabila Datin buat tindakan seperti itu.

Macam team Eid, alhamdulillah,
We Aim To Serve The Best Service, With Affordable Price. 

Kami untung tak banyak, tapi kami ingin membantu ramai orang untuk mendapatkan tudung ni. Sebab kami tahu, Kelantan, Terengganu, Sabah, Kedah bukan negeri yang kecik. Dengan kehadiran sebuah Concept Store di ibu negeri, Eid yakin, ramai orang masih tak mampu nak pergi ke CS semata2 untuk mendapatkan 1-3helai tudung baru. Contohnya Gua Musang ke Kota Bharu makan masa 3 jam perjalanan. Nak beli online kt official aidijuma, asyik "restock soon".

Insyaallah, kami tak berpaling tadah dari Aidijuma. Because we love Aidijuma. 

Aidijuma BARU akan dilancarkan pada 1 Mac "BLUESTAR"
Dan harapan kami, harap Datin pertimbangkan konsep STOKIS untuk reseller Aidijuma moga semua orang mampu membeli dengan harga yang sama selain dari Datin berkongsi rezeki dan peluang perniagaan bagi kaum Hawa especially. 

Aidijuma BARU akan dilancarkan pada 1 Mac "B&W"
p/s: Aidijuma bakal keluarkan 4@5 design baru lagi pada hujung minggu ini 1 Mac 2014. Bagi yang berada dekat dengan CS, sila la ke sana, dan jangan lewat tau.

Dan bagi yang ada masalah jauh dengan CS, sedang berpantang, surirumah sepenuh masa yang tak pandai nak drive atau anak kecik ramai, bole lawati:

 instagram Eid atau Facebook page Eid: EidahanimSNE 
atau 
bole direct contact Eid di 019-6991837.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK LIHAT KOLEKSI TERBARU TUDUNG BAWAL AIDIJUMA

Aidijuma LATEST akan dilancarkan pada 1 Mac "SUNFLOWER"

Aidijuma LATEST akan dilancarkan pada 1 Mac "BLUESTAR"




Aidijuma LATEST akan dilancarkan pada 1 Mac "DAISYROSE"

Aidijuma LATEST akan dilancarkan pada 1 Mac "DAISYROSE"


Aidijuma LATEST akan dilancarkan pada 1 Mac "BLUESTAR"

Aidijuma LATEST akan dilancarkan pada 1 Mac "OWL"




4 ulasan:

  1. saya pun baru berjinak2 dengan tudung aidijuma ni ...tapi tula susahnya nak dapat design yng berkenan di hati =( sodeh amek

    BalasPadam
  2. erm, saya baru lagi nak jatuh hati dengan tudung AJ ni. Tengok tak berkenan. Tapi bila kakak serumah pakai AJ, rasa nak juga pakai. Hehe, mudah terikut.
    Sebenarnya, nak juga beli tapi encik T tak berkenan pula

    BalasPadam
  3. Salam Nak Tanya..mcm ne jadi..reseller.. Aidijuma

    BalasPadam
  4. Salam Nak Tanya..mcm ne jadi..reseller.. Aidijuma

    BalasPadam

Maklum balas anda sangat di hargai