Rabu, 26 Februari 2014

Aidijuma di hatiku




Sejak kejadian lepas (tentang limitation bila nak membeli tudung), ramai yang telah berpatah hati dan beralih arah dari tudung bawal Aidijuma. Ada juga juga yang dulu terlalu cintakan Aidijuma, tapi sekarang dah tak suka Aidijuma, sampai ada yang mengutuk dan tetibe je cakap tudung Aidijuma tak lawa la, kualiti kurang la, Datin makin sombong lepas Aidijuma dah meletops dan macam-macam lagi. 

Tak kurang juga ada yang mengata Aidijuma mahu menutup pintu rezeki mereka, nak bunuh reseller dan sebagainya. Especially RESELLER tegar Aidijuma. Selalunya reseller ada group mereka sendiri, yang share anything tentang tudung Aidijuma, berbincang tentang bila nak ada sale dan macam2 lagi. Bagus diorang ni, sharing semua info tentang Aidijuma.

Cer taip "aidijuma" kat fb, mesti keluar group ni.

Eid pun terkena tempias yang sama. Ye la,,sebab Eid pun RESELLER kn?? ahahaha. Tapi alhamdulillah, Eid xpenah join mana2 group di FB mahupun di What's App. Bukan apa, Eid tahu bila banyak kepala pun xbagus juga. Jadi Eid selalu ikut kepala Eid jer. I have my own team. Alhamdulillah.

Actually, Datin ada sebab kenapa Datin nak menghadkan pembelian (2-3 helai seorang untuk design baru) especially kepada pemborong. Bukan la Datin Norjuma nak matikan reseller atau nak tutup pintu rezeki orang, kalau tak Datin takkan buat 50 One Way Ticket khas untuk pemborong.
announcement of One Way Ticket


Tapi kan, ada sesetengah reseller yang amik kesempatan terhadap pelanggan. Mahu tak nya, ramai yang mengadu pada Datin, mereka membeli tudung Aidijuma especially yang Black Label pada harga lebih dari RM100. Itu antara sebab kenapa Datin tak nak ada reseller dan Datin aim nak jual straight pada end-customer dengan harga yang sama di kedai. That's the reason why Datin bukak 16 cawangan Concept Stores di seluruh Malaysia.
Ini saluran yang "official" untuk produk Aidijuma

Sebab ramai yang mengadu, pergi kedai petang je tudung semua dah habes sebab reseller dah pergi lagi awal.Macam ni pun ada, hehe. Antara awal dengan lambat, memang itulah lumrah dunia. No body gonna wait for you until you are ready. Dunia takkan tunggu kita, masa akan tetap bergerak. First come, first serve. Dan itu juga antara sebab Datin pun had kan juga. So sekarang tiap kali sale, datang je la belah petang kalau pagi tak sempat nak datang, insyaallah akan ada stock.
Konsep reseller ni ada pelbagai ya tuan puan, hehe. Ada yang memang nak jual something, tapi nak untung banyak atas satu bende. Mana tak nya, jual tudung sehelai nak lipat sampai 2 kali ganda dari harga sebenar. Dan ada yang jenis tengok orang meniaga tudung, die pun nak meniaga tudung jugak, nampak macam best n laku jer. Kebanyakkannya golongan sebegini la yang mudah perpaling tadah apabila Datin buat tindakan seperti itu.

Macam team Eid, alhamdulillah,
We Aim To Serve The Best Service, With Affordable Price. 

Kami untung tak banyak, tapi kami ingin membantu ramai orang untuk mendapatkan tudung ni. Sebab kami tahu, Kelantan, Terengganu, Sabah, Kedah bukan negeri yang kecik. Dengan kehadiran sebuah Concept Store di ibu negeri, Eid yakin, ramai orang masih tak mampu nak pergi ke CS semata2 untuk mendapatkan 1-3helai tudung baru. Contohnya Gua Musang ke Kota Bharu makan masa 3 jam perjalanan. Nak beli online kt official aidijuma, asyik "restock soon".

Insyaallah, kami tak berpaling tadah dari Aidijuma. Because we love Aidijuma. 

Aidijuma BARU akan dilancarkan pada 1 Mac "BLUESTAR"
Dan harapan kami, harap Datin pertimbangkan konsep STOKIS untuk reseller Aidijuma moga semua orang mampu membeli dengan harga yang sama selain dari Datin berkongsi rezeki dan peluang perniagaan bagi kaum Hawa especially. 

Aidijuma BARU akan dilancarkan pada 1 Mac "B&W"
p/s: Aidijuma bakal keluarkan 4@5 design baru lagi pada hujung minggu ini 1 Mac 2014. Bagi yang berada dekat dengan CS, sila la ke sana, dan jangan lewat tau.

Dan bagi yang ada masalah jauh dengan CS, sedang berpantang, surirumah sepenuh masa yang tak pandai nak drive atau anak kecik ramai, bole lawati:

 instagram Eid atau Facebook page Eid: EidahanimSNE 
atau 
bole direct contact Eid di 019-6991837.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK LIHAT KOLEKSI TERBARU TUDUNG BAWAL AIDIJUMA

Aidijuma LATEST akan dilancarkan pada 1 Mac "SUNFLOWER"

Aidijuma LATEST akan dilancarkan pada 1 Mac "BLUESTAR"




Aidijuma LATEST akan dilancarkan pada 1 Mac "DAISYROSE"

Aidijuma LATEST akan dilancarkan pada 1 Mac "DAISYROSE"


Aidijuma LATEST akan dilancarkan pada 1 Mac "BLUESTAR"

Aidijuma LATEST akan dilancarkan pada 1 Mac "OWL"




Selasa, 4 Februari 2014

Pelajar Corot dan Comot

Post ini lebih kepada sebuah cerita hidup saya sendiri. Ntah kenapa tetiba pagi ni rase macam nak "baling belakang" atau "throwback". Maybe sebab Eid bakal melangkah ke alam lain (bukan alam ghaib), itu yg membuatkan Eid nak kongsi sedikit tentang perjalanan hidup Eid.

Di besarkan dalam sebuah keluarga yg memang besar. 8 orang adik beradik, Abah keje, Ma tak keje, arwah Nenek duduk ngn kitorang dari kitorang kecik lagi. Anak bongsu perempuan, no 6 dari 8. Agak terasing sedikit dari adik beradik yang lain, 6 tahun jarak dari kakak dan 4 tahun jarak dengan adik. So sekolah sah-sah la xsama dengan kakak dan adik.
Masa ni masih 6 orang. Guess mane satu Eid??
Mula tadika di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang(tepi balai polis RP), umur 6 tahun. Sebelum masuk sekolah, Eid bukan macam budak sekarang, dah ada pendidikan awal, dah ade buku, bole menulis awal lagi. Eid tak. Sebelum masuk belajar, tahu main je. Meaning, masuk tadika dengan "ZERO" knowledge. Tapi Eid ni jenis yg excited, mudah suka dengan suatu bende.

Logo sekolah rendah. 

Masuk tadika, mula Eid rase dunia terbuka, sebab kawan-kawan nampak lagi cantik, lelaki ada yg stylo dan tampan, kemas je baju diorang. Kasut bertukat setiap hari, beg pun yg stylo dan up-to-date. Tapi mase tu xkesah sangat, tak de la nak suruh abah beli ke. Tapi bile berkawan dengan kawan2 anak orang kaya dan berduit membuatkan kita jadi rendah diri, dengan comot nye diri ni, dengan beg mana yg ada je, kasut pun basuh seminggu sekali, ulang pakai yg sama sampai hujung tahun. Pastu, menambahkan lagi kerendahan diri bila tengok kawan dh ramai tahu menulis, dh pandai mengeja dan membaca (xmasuk bab colour pencil lg, diorg ade colour yg kotak besar kot, kita nak beli pun susah). 

Masuk darjah 1 (1 Cempaka), ramai kawan2 yg sama, maseh anak orang kaya. Rasa tercorot nye diri bila cikgu bagi buku tebal, suruh baca sinopsis kat belakang je, Eid xleh baca. Nampak buku besar pun dh takot. Tapi kawan2 lain ramai yang dh bole baca (masa tu dok dlm kelas pertama). Itu la yg jadi turning point pada Eid, sebab rasa malu, kene la belajar dan lebih fokus dalam kelas. Then ujian bulanan datang (xpernah exam), tak takot pun, tapi macam x expect la kan Eid antara top 10 jugak, rase ramai lg yg pandai. Exam kedua, makin improve, dapat no.4, no.3. Macam2 janji ngn abah, kalau dapat no. 1-3, abah kene beli basikal la, roller blade la (budak skrg maybe xtau ape tu roller blade,kesiannn). Bila dapat no.3 , abah kata kene dapat no.1 baru dapat. Xpelah, usaha je la lagi. Tapi Eid bukan budak rajin belajar (keje skolah akak tolong buat), masih budak comot, rendah diri sbb baju buruk, kasut buruk, beg buruk. 
Ok,,teka mane Eid?? 


Darjah 2 (2 Dahlia), masuk kelas kedua terbaik, dah terasing dr kawan2. Abah tanya cikgu kenapa Eid di kelas no.2, cikgu jawab sebab kelas no.1 dah penuh, nama Eid mula dengan huruf "Z", so terbuang la di kelas no.2. Sepanjang tahun alhamdulillah, asik dapat no.1 je (tapi abah xpenah pun belikan roller blade@basikal baru, sbb dapat no.1 hehe..). Since than, Eid jd tumpuan, bukan lagi budak corot, cikgu pun buka mata, nampak kehadiran Eid di sekolah tu (eceewwaaahhh,,mcm org penting sgt!!). Eid join nasyid, bintang kecil (ibarat "STAR" la kt skolah). Masuk darjah 3, cikgu dh xbuang Eid ke kelas no.2. Masuk kelas pertama, dgn kawan2 lama, tapi sebagai "shining star", sebab konon dh femes kn. Tetiba ada exam PTS (penilaian tahap satu), diorang cakap utk uji tahap IQ kita, sebab soalan uji IQ, bukan soalan mudah, dan ingat ade 60 soalan kene jawab dalam masa 45 minit. Pegi la masuk exam (first time masuk dewan besar utk exam). Yang tahu mase exam xbole meniru, kene jawab cepat. Alih2 dapat. Cikgu bgtau abah Eid lulus ujian PTS and bole la lompat kelas ke darjah 5. Mula igt abah bohong, pegi skolah esok nya, ramai gak kawan2 wish tahniah, dan ramai jugak yg mencemuh (ramai budak yg selalu perform x lulus). 
Thanks FARHA, sebab tolong lukiskan (google ajer)

Dari situ la,Eid lebih percaya tentang kebolehan Eid. Rupanya aku bukan budak corot pun. As long as kita tekun dan fokus dalam kelas, semuanya senang je. Cumanya, perasaan comot tu sampai sekarang xhilang2 lagi. Xpernah rasa diri cantik dan selalu tengok orang lain dan cakap "cantik nye die". Even depan usben, suka puji perempuan lain, smpai usben pun cakap "Sayang dh kenapa suka puji n tengok pompuan, lesbian ek??". ahahahahaha

Since then, Eid mengorak langkah, seorang diri, tanpa pernah ada seorang teman rapat tapi jenis yg rapat dengan semua orang. UPSR xdapat full "A", dok dalam 'Kelas Khas' di SMKRP dari form 1 hingga form 3.



PMR alhamdulillah skor elok lagi dan alhamdulillah, Eid xde kawan2 yg mencemuh kita walaupun kita dapat lebih dari diorang (sebab Eid ni malas, lebih malas dari diorg, keje rumah xpernah fully done mase sekolah dlu, sekolah selalu xpergi, jumlah kehadiran tahunan kalau dari 120 hari, selalu kehadiran 80-90 hari je. Jadi Eid selalu di pandang teruk@pemalas oleh mereka dan Eid xkesah, like seriously xamik pot pun). 
Cikgu gelarkan Eid sebagai "happy go lucky" bile time ok, or "problematic child" bile banyak sgt ponteng skolah.

Soalan lazim kawan2 "Bakpo Da tak maghi skoloh marin?". Like seriously, xtau nk bagi alasan ape dh. Senang jawab, xdek kenapa, lewat bangun tdo, malas nk datang. Tapi alhamdulillah, setiap kali exam Eid selalu top 10 di sekolah. 
Photo utk majalah sekolah. Form 5 kot.
Beberapa Tips Eid nak kongsi, maybe antara sebab kenapa kita tetap perform di sekolah walaupun selalu malas buat keje, selalu tak datang sekolah.
  1. Cara pemakanan. Eid perasan, setiap pagi Abah akn suapkan Eid dgn madu lebah. 
  2. Madu
  3. Abah ajar Eid mengaji sebelum Eid masuk tadika lagi, khatam Al-Quran masa darjah 3. 
  4. Subuh dan maghrib kami semayang berjemaah setiap hari, berkat doa Ma Abah adik beradik (xpun abah heret and paksa kami pegi surau belakang rumah). Setiap kali nk exam besar, abah akan panggil org sembahyang hajat. Lepas bole result pun abah panggil jugak utk sedekah bagi makan pada org.  
  5. Eid xbuat kerja sekolah, Eid xstudy pun bila balik rumah. Abah selalu membebel. Tapi Eid perasan, Eid fokus sangat masa dalam kelas, xmain dan sembang dgn org sebelah and Eid make sure Eid faham terus subjek tu masa dalam kelas dan masa cikgu ajar.  


Zaman dulu xdek selfie,, kene mintak tolong kawan amikkan pic kite.