Selasa, 29 April 2014

Apa Kata Pihak Aidijuma

Assalamualaikum.

Dah lama sangat dah Eid tak update blog ni. Biasa lah, busy sangadddd mase final semester ni. Dengan LI, dengan dissertation, dengan report, dengan assignment. Subhanallah. Memang semester ni Eid di uji betol. Tak pe, kene kuat baru dapat belajar habes, kn??

Btw, harini Eid tetibe update sebab Eid baru Private Message di FB #aidijuma. hehe. Bukan la mesej meroyan ke hape, tapi meluahkan masalah yang di hadapi ramai. Mewakili ramai #aidijumalovers yang dok jauh dari CS. 

Eid dah lama actualli nak jumpa Datin, nak face to face la, tapi pikir balik, siapa la kite ni kn?? ahahhaa (berangan je lebih). So, sebagai langkah pertama, kite menulis je la dulu kat die kn?? hehe,,harap Datin layan la mesej Eid tu.. (maluuuuuuu...)

Ahhhh,,,lupe nak bagitahu, Eid tetibe dapat kekuatan nak mesej beliau sebab Eid terbaca bahagian komen tu "belian aidijuma WL terhad kepada 10 helai seorang". So Eid pikir balik, kalini sale, keluar WL 4 warne yg berbeza, cemane nak beli 10 jer. Tu xmasuk yang dok order dari jauh, yang mana dropshipper lagi. Menggaru kepala jap Eid. 

Antara WL yg akan di keluarkan pd 1 Mei. Cantik kn??

So, Eid dengan lafaz "bismillahirrahmanirrahim", Eid mesej la kt fb berbunyi begini:

Assalamualaikum Datin/team AJ. Saya Eida dari Kuala Lumpur dan saya ni memang peminat setia AJ. Saya ada terbaca komen Datin yg mengatakan kali ini untuk pembelian WL akan ada limit 10 helai. Dan saya juga dapat tahu yang ramai komen tak sempat nak beli tudung dek kerana selalu di borong awal oleh pemborong. Terima kasih, Datin kerana cakna dengan setiap aduan yang diterima. Saya agak, keputusan Datin kali ini adalah untuk selesaikan masalah dan aduan dari orang ramai tentang tak cukup stock. Tapi Datin, saya nak tanya. Ada tak saluran lain untuk yang nak beli lebih dari 10 helai? Kalau dulu masa era WL Checkers and Kerawang dulu, Datin buka untuk belian borong dan bole pergi beli di HQ Bukit Jelutong. Kali ni camne ye Datin? Kami yang memborong pun bukan la meniaga untuk mendapat keuntungan semata-mata. Kami pun membeli banyak kerana ramai yang minta tolong belikan. Sedar atau tak, yang banyak komen tentang tak sempat nak beli semasa sale tu, at least mereka mampu pergi ke CS sendiri, Datin. Macam mana yang jauh dari CS. Yang kebanyakan yang order dari kami ialah orang-orang yang jauh dari CS. Memang CS ade di setiap negeri, tapi bayangkan kalau negeri Kelantan, orang yang dari Gua Musang dan Jeli nak ke pekan Kota Bharu, jauh sekali. Itu baru Kelantan, Sarawak dan Sabah, lagi la jauh. Yang ada masalah belum cukup duit, belum gaji, yang wanita urban yang sentiasa out-station xsempat nak pergi beli sendiri, yang sedang berpantang tak bole nak keluar rumah, yang surirumah tak pandai nak drive suami pulak tak sporting bila ajak keluar shopping. Nak beli online, ada yang tak pandai nak beli kt website, ada yang selalu fail nak beli di website sebab cepat sangat habis. Seriously, saya mempunyai pelanggan-pelanggan yg mengalami masalah sedemikian. Niat saya menjadi reseller #aidijuma memang untuk membantu golongan-golongan tersebut. Alhamdulillah setiap kali sale saya dapat tolong ramai orang untuk dapatkan tudung idaman mereka. Saya harap lain-lain kali pun saya dapat tolong lagi ramai. Mohon Datin sediakan platform untuk kami yang nak beli lebih dari 10 helai juga supaya orang yang ada masalah nak ke CS pun bole dapatkan tudung #aidijuma idaman mereka, Datin. Terima kasih kerana Datin berkongsi rezeki dengan kami dan membuka peluang untuk orang Melayu lain untuk berniaga juga. Terima kasih, Datin

Jadi, itu je la yang Eid nak update harini.

Update seterusnya bila Datin membalas mesej Eid (harap beliau balas la kan,,ahahahaha).


BTW, #aidijuma akan buat sale tau pada 1st of MAY nnt. Mana yang dekat sila la ke CS yang berdekatan, dan mana yang jauh, susah nak dapatkan sendiri, bole SMS/What's App Eid di 019-6991837.

Aidijuma BL Geo

Aidijuma BL Two Tones Paisley

Aidijuma BL Grey


Atau nak follow Eid lagi rapat (sebab Eid selalu update di sana), 


bole follower instagram Eid: eidahanimSNE

atau FB Page Eid: EidahanimSNE